Syurga

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...."

Nasib Si Poket Seluar

Perihal seorang insan bernama Mohd. Afifi Bin Zolkifli yang membawa pelbagaibarangan didalam poket seluarnya. Selama insan ini hidup 23 tahun di dunia yang penuh mencabar, mari kita menyelongkar nasib si poket seluar yang tidak normal ini:

  1. Wallet
  2. Duit (balance dari bayaran parking dan makan di restoran)
  3. Minyak cap kapak
  4. Handphone
  5. Kunci (merangkumi kunci binatang kancil, rumah sewa, solex entah sapa punya, keychain Paris hadiah Kacip, kunci apa entah wujud dari sekian lama)
  6. Kertas voucher makanan segera
  7. Marlboro 14's softpack
  8. Lighter cricket
  9. Resit
Kesian, nasib si poket seluar.....

Pendekar Di Lautan Gergasi Merah

Darah tanpa henti mengalir,
Mendongak ke langit kehitaman,
Dasar hati meniupkan semboyan,
Jangan gugur ditengah pertarungan,
Merah warna diberi,
Kuning kami tadahkan,
Panji-panji megah berdiri,
Pendekar lihat dengan berkobar,
Tanpa mengalah meneruskan perjuangan.